APA ITU POMADE


..POMADE..
Umumnya, APA ITU POMADE?
FAQ: Apa yang membezakan pomade dengan produk rambut lain seperti wax, gel, clay dan cream?
A: Pomade mampu memberikan hold dan juga shine secara langsung kepada rambut tanpa perlu tunggu dia kering terlebih dahulu. Pomade juga memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dari segi bau, kepekatan (hold) dan finishing (berkilat atau matte). Pomade memberi kebebasan kepada anda untuk menggayakan rambut pada bila-bila masa. Terdapat juga pomade lokal yang dihasilkan sendiri oleh brewer/pembuat Malaysia dan ia boleh dikatakan setaraf dengan import. 
FAQ: Apa itu homebrew pomade?
A: Homebrew adalah pomade yang dibuat/dibancuh sendiri oleh pemilik sesuatu brand. Hasil dan kualiti lebih terjaga dan mempunyai nilai tersendiri berbanding yang dibuat di kilang. Homebrew juga memberi peluang kepada pengguna untuk memberi feedback kepada owner tentang prestasi pomade agar boleh diperbaiki.
FAQ: Apa beza lokal pomade dengan pomade import?
A: Lokal pomade terutamanya homebrew diformula untuk dipakai sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Pomade import pula dibuat untuk cuaca mereka. Pomade lokal juga lebih murah berbanding import. 
FAQ: Saya nak pomade yang hold paling power dan xperlu sikat banyak kali. pomade apa sesuai?
A: Gel type pomade
FAQ: Saya nak pomade yang shine kekal sepanjang hari. Pomade apa sesuai?
A: Oilbased pomade.
FAQ: Adakah pomade dapat melebatkan rambut?
A: Tidak. Namun ada pomade yang dapat menggalakkan pertumbuhan rambut bergantung pada kandungan dan hormone pengguna.
FAQ: Adakah pomade dapat meluruskan rambut?
A: Ya dan tidak. Pomade yang hold padu dapat membantu meluruskan rambut apabila dipakai, namun selepas dicuci, rambut kembali kepada sifat asal.
FAQ: Pomade ada berapa jenis hold?
A: Light, medium, firm dan strong/heavy.
FAQ: Apa itu all natural pomade?
A: Pomade yang tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Lebih mesra dengan kulit dan mampu memberi kesihatan pada kulit kepala dan rambut bergantung kepada kandungan.
FAQ: Pomade ni tulis je stronghold tapi kenapa saya pakai macam xde hold?
A: pastikan anda pakai dengan kadar yang mencukupi (cuba bereksperimen). Pakai bersesuaian dengan ketebalan dan panjang rambut. Kebiasaannya lebih dari 2-3 calit.
FAQ: Pomade kena pakai rambut kering atau basah?
A: bergantung kepada jenis pomade. Kalau gel type, biasanya kering. kalau OB atau UWB, sila tanya penjual pomade.
FAQ: Pomade apa yang mesra-solat?
A: semua pomade lokal dan import yang tidak mengandungi bahan haram adalah mesra solat. Rujuk video ini https://www.youtube.com/watch?v=EKY5Svcv3l0
FAQ: Apa itu pomade water soluble dan insoluble?
A: Water soluble adalah pomade yang senang dibasuh dengan hanya dibilas dengan air. Kebiasaannya pomade ini adalah geltype. Water insoluble adalah pomade yang tidak mudah hilang walaupun terkena air. Perlukan cara khusus untuk dicuci. Kebiasaannya adalah oilbased pomade atau ada juga sesetengah unorthodox waterbased pomade.
FAQ: Ada pomade yang tidak hilang dari rambut walaupun saya dan mandi banyak kali dan syampu. Apa harus saya buat?
A: Perkataanyang diguna untuk cuci pomade dari rambut adalah DEGREASE. Dibawah adalah cara untuk DEGREASE rambut menggunakan conditioner dan syampu.
1. Gunakan conditioner yang anda suka (murah dan berkualiti)
2. Tuang pada tangan dan terus sapu ke rambut yang ada sisa/build up pomade TANPA basahkan rambut.
3. Ratakan conditioner pada rambut dengan menggunakan jari atau sikat.
4. Biarkan atau tunggu sehingga 10-15 minit.
5. Bilas conditioner dan syampu rambut anda. SIAP!
Dibawah adalah link video tutorial untuk DEGREASE:
https://www.youtube.com/watch?v=lBkEmId9eck

Spesifik, jenis-jenis pomade:
Oilbasedbased/Waxbased/Petrobased 
- bagi mengelakkan kekeliruan, semua jenis ni sy kategori sbg satu pomade. beza dia adalah kandungan utama dalam pomade tu.
- pomade jenis ini mampu memberikan 'hold' yang paling baik untuk segala jenis gaya rambut bergantung kepada jenis 'hold' yang tertulis di label.
- jika anda inginkan 'shine',pomade ini adalah jenis yang paling sesuai.
- boleh recomb anytime tanpa perlu basahkan sikat atau rambut.
- pomade jenis ini tidak akan mengeras. rambut anda tidak akan rasa keras seperti memakai gel.
- terdapat dalam pelbagai jenis hold
- mempunyai sisa/atau build up walaupun sudah dibasuh
KEKURANGAN
- pomade ini susah untuk dicuci sama ada untuk bersihkan rambut atau tangan. ini kerana kandungan minyak@wax yang terdapat dalam pomade jenis ini.
- kebanyakan pomade jenis ini juga biasanya akan membuatkan kulit kepala anda rasa berminyak. jika cuaca terlalu panas, pomade akan mula cair dan mungkin turun ke dahi, leher dan kolar baju (tidak semua pomade macam ni).
- mungkin boleh membuat muka naik jerawat jika tidak sesuai dengan kulit
Orthodox Waterbased pomade
- juga dikenali sebagai gel-typed pomade
- sifat luarannya seperti gel yang dijual di pasaran
- istimewanya jika dibanding dengan gel biasa, gel pomade trus memberi hold pada rambut anda walaupun ia masih belum kering ini memberikan kebebasan kepada anda utk menggayakan rambut. berbeza dengan gel rambut biasa yang mana hold timbul bila rambut kering.
- boleh didapati dalam pelbagai jenis warna dan bau
- tidak berminyak 
- senang untuk dicuci, hanya perlu bilas rambut dengan air.
KEKURANGAN
- mengering jika cuaca panas kerana bahan utamanya adalah air.
- bila mengering, shine akan mulai hilang.
- susah untuk recomb, memerlukan wet comb. 
- mengeras seperti gel rambut biasa
- terdapat kandungan bahan kimia  
- hasil kurang kemas berbanding oilbased pomade
- mudah tertipu dengan produk dari 'fake'
- biasanya hanya stronghold
Unorthodox Waterbased pomade
- pomade berasaskan air yang diformula untuk memberi finishing/hasil sebaik oilbased dengan mengekalkan kelebihan yang ada pada gel-typed pomade
- texture lebih creamy, waxy.
- tidak berminyak seperti oilbased
- hasil hampir sama dengan oilbased pomade
- memberikan kesan 'shine' pada rambut seakan oilbased
- lebih mudah untuk dicuci kerana kandungan minyak/wax lebih sedikit dari oilbased.
- rambut boleh recomb tanpa wet comb. terdapat juga yang perlu menggunakan wet comb.
- lebih selesa dipakai berbanding oilbased pomade 
- terdapat dalam pelbagai jenis 'hold'
- finishing lebih kemas berbanding gel-typed
- sesuai untuk semua jenis rambut.
KEKURANGAN
- ada yang akan mengeras seperti gel-typed pomade
- ada juga yang susah untuk dicuci dan perlu di 'degrease'

Comments

Post a Comment

Popular Posts