Amalan Menabung


Alhamdulillah..sikit lagi nak penuh,Tabung nie nak buat kahwin tau kekekeke!!!!
Abang Taz nk citer sikit!!!!
    Menabung nie tabiat penting yang sering kita ambik ringan. Sebanyak mana kita boleh menyimpan dalam sebulan daripada jumlah duit pendapatan kita? Jika anda mempunyai jawapannya, anda berada di landasan yang betul dalam pengurusan kewangan peribadi. Bagaimana pula jika jawapan kita teragak – agak? Ada sedikit masalah, tapi tidak bermakna kita tidak mampu berubah dan bermula. Taz mempunyai cara yang mudah yang Taz perolehi dari seorang rakan, yang anda boleh mulakan hari ini juga. Ada banyak sebab untuk kita menyimpan duit;
 * simpan duit untuk melancong.  * simpan duit untuk masa depan.
 * simpan duit untuk anak masuk universiti.   * simpan duit untuk beli rumah.
 * simpan duit untuk kahwin, TARGET TAZ. Hehe
   Kita tolak ketepi dahulu perbincangan tentang teknik menyimpan duit yang agak susah untuk menyimpan. Konsep yang Taz perkenalkan pada kawan2 ialah konsep yang dikategorikan sebagai KISS (keep it simple and smart). Kebiasaanya kita akan menetapkan sasaran untuk menyimpan. Contohnya kita mengumpul duit untuk bayaran muka kereta, ingin berkahwin atau membeli rumah.
Teknik yang Taz ingin perkenalkan pada kawan2 agak berbeza kerana kita tidak memerlukan sasaran. Kerana teknik ini lebih kepada pembentukan tabiat automatik (automated habit). Sasaran utama kita menguasai teknik menyimpan duit sebegini bukan untuk mencapai nombor sebagai sasaran, tetapi lebih kepada tabiat yang dapat kekal dalam diri kita sepanjang masa. Lihat gambar untuk mendapat hint teknik ini dan baca selanjutnya untuk tahu lebih lanjut.
Lawa warna kan???
   Teknik menyimpan duit yang mudah dijadikan habit. Perbincangan kali ini bukan tentang simpan duit di bank atau ASB. Tapi kita akan cuba bincangkan teknik yang lebih mudah. Teknik menyimpan yang boleh dilakukan secara harian dan praktikal. Tekniknya mudah.
1. Tetapkan note yang kita hendak simpan (RM1, RM5, RM20, RM100)
2. Setiap kali kita terima duit yang kita tetapkan tadi, simpan dan jangan gunakan.
3. Ulang sehingga jadi kebiasaan.
   Tips bagi memilih nilai matawang yang ingin disimpan. Anda perlu realistik dengan note yang dipilih. Maksudnya begini; elakkan kepingan yang bernilai besar yang sekiranya disimpan, anda akan terpaksa menggunakannya untuk keperluan seharian. Lau taz kan, RM100 dan RM50 amat tidak sesuai, jadi pilihan Taz hanya tinggal note RM 20 ke bawah. Masih tidak faham? Kebiasaan kita akan menerima syiling dalam duit baki perbelanjaan seharian. Ramai antara kita yang terus memasukkan syiling tersebut ke dalam tabung.
    Konsep yang sama, tapi kali ini kita tukarkan dari syiling kepada duit kertas. Pilih kepingan duit kertas yang boleh dikatakan kita jarang temui. Sekiranya anda memilih RM1, Taz bimbang kita tidak akan mampu mendisplinkan diri kerana note ini terlalu kerap kita terima. Jadi Taz syorkan RM 5 atau RM 20. Dua note ini jarang kita terima. Apabila taz mula-mula mengetahui teknik menyimpan duit yang mudah ini, taz memilih untuk menyimpan kepingan RM20 terus. Setiap kali Taz memperolehi RM20, Taz tidak akan belanjakan dan akan simpan di tempat khas. Sekarang tunggu penuh jew, nak pecahkan tabung nie hehehe. #dioramo #mrtazdioramo #leadyourhairstyle #awesome #pomade

Comments

Popular Posts